ANWAR

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, beliau yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh itu dikejarkan ke HKL pada pukul dua petang tadi akibat masalah tekanan darah kurang stabil.

“Beliau kini dalam pemantauan doktor, dan turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkara itu terdahulu disahkan oleh anaknya Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ketua Umum PKR itu kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat, dakwaan yang menurutnya bermotifkan politik.

Beliau dijangka dibebaskan pada pertengahan 2018. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here