Kemunculan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik negara setelah dikatakan akan dibebaskan pada bulan Jun dijangkakan tidak memberi kesan besar kepada Barisan Nasional.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri. Md Shukri berkata, sebaliknya ia memberi  ‘sengatan berbisa’ buat Bersatu serta Tun Mahathir Mohamad.

“Anwar akan bukan lagi menjadi gugatan kepada BN…tetapi kita lihat ini sebagai satu pertembungan idea dan pengaruh, jadi adakah Anwar akan mengalah diketuai kembali oleh bekas bos beliau yang telah begitu dikatakan “zalim” mengaibkan dan menganiayai beliau hingga dilucut segala jawatan kerajaan dan parti.

“Jadi rakyat menanti bagaimana fenomena bertemunya dua bekas “dinasour politik” BN ini dalam bentuk baru bersama-sama dipihak Pakatan,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan mengenai  pembebasan Anwar pada 11 Jun ini.

Sinar Online hari ini melaporkan Presiden Pakatan Harapan Datuk Dr Sri Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi.

Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada Jun ini.

“Insya-ALLAH Anwar dibebaskan pada 11 Jun,” katanya dalam Amanat Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka di sini hari ini.

Justeru Md Shukri berkata, pada pengamatan beliau adalah lebih elok jika PKR dan Bersatu disatukan menjadi satu parti politik yang lebih kuat di mana Tun Mahathir menjadi Presiden dengan Anwar sebagai Timbalan.

“Pasti sambutan akan lebih baik kerana ianya seakan klon kepada Umno atau BN era 1990-an dahulu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here