Keluarga ini terkenal kerana banyak perkara-perkara tidak masuk akal yang dipertontonkan kepada umum menyebabkan banyak orang membenci populariti yang diterima keluarga Kim Kardashian menerusi program realiti mereka, Keeping Up with the Kardashians.

Namun, ternyata aktres Anne Hathaway mempunyai pandangan tersendiri mengenai keluarga sensasi itu. Kata Hathaway, pada mulanya dia sendiri tidak faham mengapa Kim sekeluarga menjadi sensasi dan popular. Bagaimanapun pemikirannya berubah selepas melihat mereka sekeluarga tenang dan saling mendokong antara satu sama lain terutama selepas bapa mereka, Bruce Jenner menukar jantinanya.

kardashian

“Saya akui sebelum ini mempunyai pemikiran yang serupa dengan orang lain iaitu mereka sekeluarga popular kerana sensasi.

Namun selepas difikirkan semula, saya melihat mereka sebagai sebuah keluarga yang saling mendokong antara satu sama lain dalam keadaan susah mahupun senang. Itu yang membuat saya meminati mereka,” ujar bintang Devil Wears Prada itu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here