Cristiano Ronaldo membuka kempen La Liga musim ini dengan penuh bergaya apabila meledak lima gol membantu Real Madrid membelasah Espanyol 6-0, malam tadi.
Pemain terbaik dunia itu menafikan segala keraguan mengenai prestasinya sejak kebelakangan ini dengan meledak gol pembukaan seawal minit ketujuh. Ia diikuti jaringan kedua pada minit ke-17 menerusi penalti sebelum melengkapkan hatrik, tiga minit kemudian.
Lapan minit permainan bersambung, penyerang Perancis, Karim Benzema meletakkan Real 4-0 di depan dengan tiada tambahan jaringan sehingga berakhir babak pertama perlawanan.
Tiga gol jelas belum memuaskan Ronaldo yang menambah gol keempat pada minit ke-61 sebelum gol terakhir dijaringkan sembilan minit sebelum perlawanan tamat. Kemenangan meletakkan Real di puncak liga, satu mata di depan Atletico Madrid dan Barcelona yang dijadual bertemu awal pagi ini.
Prestasi cemerlang Los Blancos juga seakan menunjukkan kepada dunia selepas kecewa cubaannya untuk mendapatkan penjaga gol Manchester United, David de Gea gagal. Penjaga gol Real, Keylor Navas juga membuktikan kemampuannya untuk menggantikan tempat Iker Casillas apabila melakukan beberapa aksi menyelamat termasuk daripada Felipe Caicedo di awal permainan.
Lima gol yang diledakkan Ronaldo menyamai rekod peribadinya ketika Real menewaskan Granada 9-1, musim lalu

Sumber:BeritaHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here