PENYANYI Ahmad Nubhan Ahamad, 29 atau dikenali dengan nama Nubhan, telah sah selamat bergelar suami kepada Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26 pada petang semalam. Beliau dan isteri merancang ke Amsterdam, Belanda untuk bercuti serta berbulan madu.

Penyanyi lagu berjudul `Oh Juwita’ itu berkata, mereka akan ke destinasi tersebut pada awal September ini sebaik sahaja iste­rinya pulang dari Mesir untuk menguruskan hal pembelajarannya dalam masa terdekat ini.

“Afifah masih lagi belajar dalam bidang perubatan di Mesir dan akan tamat pengajian pada Jun 2016. Sekarang dia bercuti dan semester baharu akan bermula peng­hujung September.

“Jadi kami akan gunakan kesempatan yang ada untuk bercuti dan berbulan madu ke Amsterdam. Destinasi itu dipilih ke­rana panoramanya yang cantik dengan seni bina bangunan yang menarik,” jelas Nubhan sejurus selesai majlis pernikahannya di kediaman keluarga Afifah Hidayah di Taman Rasah Kemayan, Seremban 2, di sini.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here