Bekas jurulatih perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rashid Sidek berharap pemain negara mengambil iktibar diatas kejayaan Tommy Sugiarto yang menjuarai Terbuka Vietnam semalam. Semangat tinggi yang ditunjunkan Tommy wajar dicontohi pemain negara.

Rashid yang beralih angin ke Sports Affairs selepas meninggalkan BAM, diberi tanggungjawab untuk membimbing Tommy buat kali pertama di kejohanan itu.

“Sasaran untuknya memang untuk muncul juara. Tapi bukannya mudah sebab pemain lain pun bagus juga.

“Tapi saya lihat dia dapat beraksi dan memberi fokus dengan baik sekali di setiap perlawanan dengan aksi konsisten.

“Inilah kali pertama saya menjaga dia. Yang pasti, dia seorang pemain amat berdispilin dan sangat komited,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Rashid, ciri-ciri seperti itulah sepatutnya wajar dicontohi barisan pemain negara seperti Chong Wei Feng  yang kandas di separuh akhir kejohanan sama.

“Tommy adalah seorang pemain yang sentiasa bersemangat untuk memajukan corak permainannya.

“Dia juga terus berusaha untuk berlatih lebih gigih dalam memperbaiki kelemahannya supaya dapat beraksi lebih baik di kejohanan akan datang,” katanya.

Pada aksi final semalam, Tommy menewaskan Lee Hyun II 21-19, 21-19 selepas pemain Korea Selatan itu mengecewakan Wei Feng di separuh akhir.

Tommy adalah anak kepada bekas juara dunia 1983, Icuk Sugiarto.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here