SELEPAS dinamakan sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, beĀ­kas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga mendiamkan diri.

Ambiga menggunakan alasan sibuk dengan tugasnya sebagai peguam dan tidak mempunyai masa untuk menjawab dakwaan itu.

Persoalannya, benarkah Ambiga sedang sibuk atau sengaja buat-buat sibuk?

Mungkin Ambiga sedang dalam dilema untuk mengumpul bukti selepas namanya dipetik oleh Brown.

Adakah mahkamah di London akan memanggil Ambiga selepas beliau dinamakan oleh Brown?

Jika diikutkan prosedurnya, sudah tentu Ambiga akan dipanggil.

Adakah atas faktor itu membuatkan Ambiga kini resah bagi mengumpulkan bukti berhubung dakwaan terhadap PAS dan Najib?

Atau adakah Ambiga sedang mencari ‘talian hayat’ bagi membolehkan beliau menjawab dakwaan itu?

Semua orang pastinya mengetahui kekuatan mereka yang anti kerajaan Melayu dan Islam adalah dalam bentik guaman atau pun legal fraternity.

Majlis Peguam pun terlalu terserlah jelas menyokong pembangkang kerana berkongsi agenda mahu menumbangkan kerajaan diterajui UMNO yang di kenali sebagai pejuang dan pembenteng Islam.

Kini seluruh negara dan dunia pasti sudah mengetahui Ambiga sebagai dalang pemberi maklumat kepada Sarawak Report dan Brown.

Adakah Brown terpaksa mendedahkan nama Ambiga kerana mahu menyelamatkan dirinya kerana gagal mengemukakan bukti kepada mahkamah di London?

Disebabkan ketiadaan bukti, maka Brown terpaksa mengaku dia mendapat sumber daripada Ambiga?

Memilih untuk membisu adalah petanda Ambiga berada di dalam keadaan bersalah, itu jika kita ambil perkiraan cara Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menuduh orang.

Ambiga boleh terus menafikan perkara itu, tetapi kenapa sukar untuk bekas Presiden Majlis Peguam tersebut berbuat demikian?

Adakah Ambiga seperti biasa akan muncul dengan ugutan guaman saman menyaman?

Beranikah Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Brown?

Brown pastinya tidak akan ‘memetik’ nama Ambiga jika dia tidak terdesak, jadi benarlah dakwaan maklumat itu daripada Ambiga?

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menuntut agar Ambiga memohon maaf kepada PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau akan berhadapan dengan tindakan susulan.

Adakah Ambiga akan terus membisu berhubung pengakuan Brown tanpa mendedahkan sumber untuk menyokong dakwaan tersebut?

Dikatakan, Ambiga tidak akan sesekali mendedahkannya kerana penyaluran dana 1MDB kepada PAS adalah palsu.

Oleh sebab itu, Abdul Hadi membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Jika Ambiga terus mendiamkan diri, ia akan membuktikan bagaimana Brown menggunakan Ambiga, manakala Ambiga akan mengemukakan sumber tidak rasmi bagi menampakkan setiap artikel dipaparkan Sarawak Report seperti berpaksikan fakta.

Cara Brown dan Sarawak Report menulis artikelnya sebelum ini pun seolah-olah cuba memberi gambaran bahawa kesahihan setiap fakta yang terkandung di dalamnya tidak mungkin dapat dipersoalkan.

Namun, kebenaran terjelma apabila Brown berdepan tekanan daripada mahkamah.

Kini, semua menunggu Ambiga memberi kenyataan dan membuat pengakuan nafi atau mohon maaf.

Atau Ambiga mahu memilih cara Mahathir dengan menjawap ‘saya tak tahu’ lalu mencuci tangan tanpa ada rasa tanggungjawap?

Semua pihak kini menantikan ‘talian hayat’ Ambiga.

Apa yang semua tahu, Ambiga sengaja mahu menjadikan isu menjadi bercelaru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here