AMANAH

Parti Amanah Negara (AMANAH) bimbang dengan tindakan Sarawak yang menghantar sepasukan peguam ke London bagi meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

Menurut timbalan presidennya, Salahuddin Ayub, tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut dibimbangi akan menyebabkan campur tangan asing dalam negara ini.

“Kenapa selepas puluhan tahun mereka (Sarawak) ambil sikap begini? Ada ia tamparan pada pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) pada masa ini?

“Kita bimbang langkah (kerajaan negeri Sarawak) ini akan mengundang campur tangan asing dalam Malaysia.”

“Kalau perkara ini dibawa oleh pembangkang sudah tentu kita akan dikenakan dengan pelbagai akta tetapi ini dibawa oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.

Pada 1 Julai lalu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

Tindakan itu bagi menentukan hak-hak sebenar negeri berkenaan yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here