Seorang calon Parti Amanah Negara (AMANAH) mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada DAP iaitu Ayer Hitam, dengan menggunakan logo ‘roket’,

Kerusi Parlimen yang terletak di Johor itu merupakan kawasan penting memandangkan penyandangnya ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Malaysiakini melaporkan berhubung spekulasi itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkannya dan berkata ia dibuat atas dasar kompromi.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub pula enggan mengulas panjang ketika diminta mengulas tentang perkara itu.

“Saya tidak dapat mengesahkannya malam ini (semalam),” katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Salahuddin terlibat dalam proses rundingan kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here