Pas menyifatkan Amanah bukan lawan mereka dalam arena politik tanah air, tegas Naib Presidennya, Idris Ahmad.

Menurutnya, kewujudan Amanah tidak membawanya erti kepada Pas.

“Amanah bukan lawan kita, buat malu dekat orang jika lawan dengan dia,” katanya kepada ribuan penyokong dalam ceramah Keadilan Untuk Memali di Madrasah Islahiah, malam tadi.

Menurutnya, Amanah tidak perlu dilayan kerana ia hanya membuatkan parti itu ‘perasan’ hebat.

“Jika kita lawan dia (Amanah), dia itu ada rasa macam hebat sangat,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here