dap

Asas kenyataan Pas bahawa undi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, dibuktikan sendiri oleh Amanah, Bersatu dan PKR.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin sebagai misalannya  DAP yang memulakan dahulu tindakan menyogokkan tuduhan dakwaan terhadap Pas, kemudian diulang oleh parti-parti berkenaan.

“Parti-parti ini akan tampil membidas Pas dengan segala kecaman. Menunjukkan mereka adalah benteng yang mempertahankan DAP, sedang DAP hanya diam membisu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu katanya,  Pemimpin Umno juga tidak perlu sibuk mendakwa Pas baharu tersedar mengenali siapa DAP.

“Kerana banyak perkara telah berubah dan Pas mengambil setiap pendirian berdasarkan hukum, bukan pragmatik,” katanya.

Justeru itu, tegasnya Umno kini sepatutnya malu mendedahkan perbuatan masa lampau Tun Mahathir kerana sebenarnya membuka pekung sendiri.

” Kerana itulah kami tegaskan bahawa BN dan Harapan keduanya mesti ditolak rakyat pada PRU14 akan datang sebagai satu agenda Rakyat Selamatkan Malaysia!” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here