Kritikan segelintir pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) berkenaan jumlah kerusi Parlimen yang ingin PAS tandingi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akhirnya berbalik kepada mereka sendiri, apabila parti itu mendapat kerusi paling sedikit dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Barangkali itulah mesej anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada parti serpihan PAS itu.

Walaupun tidak merujuk sebarang nama, kenyataan ringkas yang dimuatnaiknya menerusi Facebook hari ini agak jelas merujuk kepada parti serpihan PAS, susulan Konvensyen HARAPAN semalam.

“Mereka marah, sedih dan bungkam kerana diisytiharkan dengan jumlah kerusi paling sedikit, sesudah mereka ketawa memperlekeh PAS mengisytiharkan diri bertanding di mana saja kerusi yang dimahunya.

“Sedih sang malang, ketawa sang maling,” kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here