Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selepas memuat naik satu status berkaitan permohonan menggunakan senjata api.

Aliff Syukri meminta agar pengikut di laman sosial Instagramnya dapat mendoakan permohonannya itu diluluskan.

“Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan…

“Supaya saya lebih selamat, no more bodyguards I’m stronger,” tulisnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mula mepersoalkan tindakan Aliff Syukri memuat naik status berkenaan yang dilihat boleh mengundang bahaya terhadapnya.

“Maaf Datuk, sebaik-baiknya benda yang macam ni, tak payahlah, nak diheboh-hebohkan. Lagi bahaya orang tahu daripada orang tak tahu.

“Senjata api ini ibarat nyawa kita sendiri. Fikir-fikirkanlah…. Datuk, Maaf yea….,” tulis saifulaznanshafi.

Pendapat sama turut ditulis kamarulzamanbinsaad yang bergarap perkara sebegini harus dirahsiakan.

“Please la Dato. Ada benda memang elok untuk di share and ada benda is to keep for yourself and your family. Saya harap next time dato bijak utk buat keputusan,” tulisnya.

Bagi syiramaria pula berharap Aliff Syukri akan terus menggunakan khidmat pengawal peribadi biarpun sudah memiliki senjata api.

“Dato, lesen senjata pun elok ada untuk Dato dan family dan bodyguard pun kena ada juga dan biarlah extra safety dan satu lagi jangan putus berdoa dan sentiasa amalkan baca ayatul kursi pagi petang siang malam ia baik untuk segala-galanya untuk kehidupan seharian kita,” katanya.

Dalam masa sejam, hampir 8,000 netizen meninggalkan komen di ruangan komen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here