Lagu-lagu yang dinyanyikan dan dicipta belum pernah mengecewakan sejak awal kemunculannya dalam industri muzik tanah air. Dari Cinta Muka Buku, sehinggalah single terbaharunya ‘Satu Hari Nanti’ dilihat sering mendapat tempat di hati pendengarnya. Biarpun begitu, penyanyi kelahiran Youtube, Najwa Latif akui belum bersedia untuk menghasilkan lagu untuk penyanyi lain memandangkan masih banyak yang perlu diperbaikinya.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini lagu-lagu saya dapat diterima baik oleh pendengar.

“Tapi setakat ini saya masih belum berani untuk beri lagu kepada penyanyi lain walaupun sudah ada yang menawarkan.“Lagi pun, susunan melodi lagu-lagu yang saya hasilkan terlalu ringkas. Mungkin ia tidak sesuai untuk didendangkan penyanyi lain,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Najwa memberitahu dia bakal tampil dengan album penuh yang dijangka akan dilancarkan akhir tahun ini.

“Setakat ini sudah tujuh lagu yang sudah siap dirakamkan dan tinggal tiga lagu lagi untuk disiapkan.“Untuk album kali ini Insya-ALLAH, pendengar akan merasai sendiri sisi kematangan saya dalam setiap lagu.

“Sebelum tampil dengan album, dalam masa terdekat ini saya akan tampil dengan single terbaharu ‘Satu’,” ujarnya.

Selain itu, Najwa turut berkongsi penglibatannya menerusi Kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk.

“Selain album, saya sibuk dengan kempen ini di mana saya telah dipilih untuk menjadi salah seorang mentor dalam bidang nyanyian.

“Dalam program ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu sepanjang empat tahun berada dalam industri hiburan bersama seorang protege.

“Antara tiga mentor yang terpilih saya adalah yang termuda. Jadi saya sangat berbesar hati bila ditawarkan untuk terlibat sama dalam kempen ini dengan harapan saya dapat membantu remaja di luar sana untuk mencapai impian mereka menjadi seorang penyanyi dan pemuzik,” katanya teruja.

 Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here