Al Aqsa

Sabtu lalu, semasa umat Islam seluruh dunia masih merayakan aidilfitri, empat lagi remaja Palestin mati ditembak tentera Israel dalam kejadian di Al Aqsa, masjid tertua umat Islam di Baitulmaqdis timur.

Angka terbaru itu menjadikan jumlah kematian Al Aqsa tujuh orang.

Berita dari Bulan Sabit Merah berkata, selain tujuh kematian, sekurang-kurangnya 400 warga Palestin cedera dalam kekejaman tentera Zionis itu, 92 antaranya dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera.

Kekejaman Zionis kali ini bermula dari minggu lalu selepas berlakunya rusuhan yang menjadi punca kematian dua askar Israel.

Israel bukan sahaja bertindak balas, tetapi juga bertindak terlampau kejam terhadap masyarakat awam Palestin yang tindak bersenjata. Mereka dibunuh dan dicederakan bagaikan sedang melayan binatang buas yang mengganas dalam koloni mereka.

Tindakan Yahudi yang menimbulkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia adalah menutup masjid Al Aqsa daripada umat Islam mengerjakan solat Jumaat sejak minggu lepas, serta memasang pengesan logam di pintu masuk utama masjid.

Namun, oleh sebab masyarakat Islam tidak bersatu, malah ada yang menjadi anjing Yahudi, betapa lantang pun suara bantahan mereka, ia bagaikan bisikan nyamuk di telinga bangsa Yahudi itu.

Apalagi dengan PBB dan negara-negara pemegang kuasa veto yang tidak berani bertegas dalam membuat resolusi bagi keamanan Palestin, mereka seolah-olah sedang mengambil sikap untuk berhenti menjadi manusia.

Rusuhan meningkat Jumaat 21 Julai lalu apabila pemerintah Israel enggan mengalihkan pengesan logam yang dipasang Jumaat minggu sebelum itu selepas rusuhan penduduk awam Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel Laknatullah.

Sesungguhnya ini bukan kali pertama rusuhan di masjid Al Aqsa dan bandar kuno Baitulmaqdis berlaku. Sekurang-kurangnya rusuhan tercetus sekali setahun yang membuka peluang kepada pasukan keselamatan Israel melakukan kekejaman yang berleluasa.

Setiap kali rusuhan, ramai umat Islam menjadi korban kekejaman tentera Zionis Israel. Ketegangan merebak ke seluruh dunia, tetapi negara-negara Islam sekadar berkata, “kami mengutuk kekejaman Israel.” Hanya itulah yang mereka mampu.

Manakala sebahagian lagi negara Islam tidak bersuara sama sekali, seolah-olah mereka bukan Islam. Apalagi mereka yang berkiblat ke Amerika dan bersahabat baik dengan Zionis.

Sayang sekali, ada juga suara-suara sumbang dari negara Islam yang mendesak Amerika menghentikan kekejaman Zionis.

Perlu kita tahu di dalam Amerika terdapat bukan sedikit bangsa Yahudi yang memegang kuasa- ekonomi dan politik – yang boleh dikatakan kuasa veto bagi kerajaan Amerika.

Kenapa tidak kita desak Pertubuhan Negara Islam, OIC yang bertindak. Namun wujudkan lagi OIC. Atau desak Liga Arab meneraju usaha menekan Israel daripada terus-menerus menghirup darah umat Islam Palestin. Sedangkan semua anggota OIC dan Liga Arab adalah Islam.

Namun yang nyata, kedua-dua badan Islam itu hanyalah dua badan yang lesu. Saling bercanggah, bercakaran, yang lebih suka melihat Palestin hilang dari bumi Tuhan ini, kerana terlalu sayangkan Israel.

Kita juga tahu, Arab Saudi antara negara Islam yang tidak pernah menyumbang walau sebutir peluru kepada pejuang Palestin. Malah memusuhi pihak yang membantu pejuang Palestin dan menganggap mereka pengganas.

Hamas yang memperjuangkan kemerdekaan bangsa Palestin dianggap pengganas kerana berjaya perjuangan mereka yang bersungguh-sungguh. Begitu juga Hezbollah, dianggap pengganas kerana membantu Hamas.

Daripada senario ini, jelaslah kepada kita kenapa Zionis Israel begitu lancang menghina umat Islam dengan menyerang dan menutup masjid Al-Aqsa daripada masyarakat Islam Palestin yang mahu mengerjakan solat Jumaat, sedangkan masjid itu adalah yang ketiga suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram di Makkah, dan Mesjid Nabawi di Madinah.

Zionis tahu umat Islam hanya berani berkata, “kami kutuk sekeras-kerasnya tindakan Yahudi itu…” dan tidak akan disertakan dengan sebarang tindakan.

Sudah banyak kali Zionis bertindak kejam ke atas masjid Al Aqsa termasuk menggali bahagian bawah masjid itu dengan alasan mencari relik-relik kerajaan lama mereka. Namun tujuan sebenar untuk melemahkan struktur masjid itu yang akhirnya diharapkan roboh.

Kerosakan masjid ini bermula sejak pendudukan Israel selepas perang 1967 di mana tentera Israel berjaya menawan keseluruhan Baitulmaqdis dan selepas itu Zionis melakukan pelbagai kerosakan.

Tahun 1969, seorang warga Australia Denis Michael Rohan membakar mimbar Al-Aqsa. Tahun 1982, Alan Goodman, askar Amerika-Israel beragama Yahudi, menembak jemaah di Al-Aqsa, membunuh dua orang dan mencederakan 11 yang lain.

Kini ancaman kehancuran Masjidil Aqsa datang dari tentera Israel yang kerap mengganas semasa rusuhan.

Namun ada beberapa fakta sampingan menyebabkan masjid Al Aqsa tidak aman.

Antaranya dari fakta Baitulmaqdis yang hanya seluas 1 kilometer persegi mengandungi tapak suci bagi tiga agama, Islam, Yahudi dan Kristian.

Bagi umat Islam, masjid al Aqsa merupakan kiblat pertama selain sebagai masjid ketiga suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Kristian, Baitulmaqdis sebagai tempat Nabi Isa disalib dan dibangkitkan. Sementara bagi penganut Yahudi, Baitulmaqdis didakwa tapak kerajaan kuno yang menempatkan ribuan kuil Yahudi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here