NAIB presiden PKR Rafizi Ramli mengakui kesilapan maklumat yang diperoleh melalui sumbernya mengenai abang kepada menteri yang didedahkan olehnya hari ini.

Selepas ancaman untuk saman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Rahman Dahlan, Rafizi berkata, beliau sudah membuat satu kesilapan tetapi menambah bahawa ia tidak bermakna menteri itu terlepas untuk menjawab soalan lain.

“Saya sudah memeriksa dan mengesahkan yang ia bukan abangnya – maklumat itu tidak betul,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insight.

Beliau terdahulu mendakwa EPU, sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri di bawah Rahman, memberikan kontrak bernilai jutaan ringit untuk menganjurkan expo tanpa membuka tender kepada sebuah syarikat pengurusan acara, Pico Intergrated Exhibits (M) Sdn Bhd, yang mana ketua pegawai eksekutifnya Rasan Dahlan didakwa adalah abang kepada Rahman.

Expo yang dipersoalkan adalah Expo Negaraku di Dataran Merdeka yang berlangsung dari 15 November hingga Jumaat, yang mempamerkan projek pembangunan berskala besar yang dijalankan oleh kerajaan.

Rahman mengeluarkan kenyataan hari ini dan menyatakan Raslan bukan abangnya dan beliau akan mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan Rafizi mengenai kronisme terhadapnya.

Rafizi berkata, kesilapan itu tidak akan menghalangnya untuk terus menyiasat perkara itu.

“Ia tidak menjawab persoalan lain” berapa banyak mereka (EPU) belanjakan untuk melantik pengurus acara menjalankan Expo Negaraku selama sebulan?

“Saya akan terus menyiasat kerana walaupuan tiada kaitan dengan abangnya, terdapat banyak isu yang perlu beliau jawab,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

Katanya, terpulang kepada Rahman untuk menyamannya sekiranya ahli Parlimen Kota Belud itu merasakan kenyataannya sebagai fitnah.

The Malaysian Insight

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here