Penggerak kempen #undirosak Maryam Lee membuat laporan polis mendakwa terdapat gangguan seksual dan acaman fizikal yang dibuat terhadapnya.

Dalam laporan polis yang dibuat di balai polis Hulu Kelang pagi ini, Maryam berkata dia telah membaca semua komen pada rakaman video yang memaparkan penyertaannya dalam sebuah forum yang membincangkan undi rosak yang turut disiarkan di Facebook Malaysian Gags.

Maryam berkata dia membuat laporan polis kerana merasakan keselamatannya terancam.

“Saya diugut dan dihina oleh orang awam yang tidak setuju dengan pandangan yang saya berikan dalam forum itu.

“Penghinaan yang saya terima merupakan satu isu yang serius kerana melibatkan gangguan seksual dan ancaman fizikal.

“Saya hanya seorang rakyat Malaysia yang memberikan pendapat saya dalam sebuah forum namun saya diugut dan dihina oleh orang awam yang menghalang kebebasan bersuara,” katanya dalam laporan itu.

Ditanya sama ada polis akan menyiasat kes itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, Maryam berkata polis hanya mahu menyiasat kes yang melibatkan ancaman fizikal dan ugutan bunuh.

Maryam menyalahkan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) atas serangan itu dan mengecam pemimpin HARAPAN kerana “berdiam diri” berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin HARAPAN kemudian tampil mengecam tindakan ke atas Maryam.-MK

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here