aktivis

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Setiausaha publisiti DAPSY Subang yang jug seorang aktivis,  Numan Afifi meletak jawatan dari jawatan partinya selepas  beliau dikecam kerana menganjurkan iftar untuk kumpulan LGBT.

Numan, yang kekal sebagai anggota DAP, menegaskan bahawa dia meletakkan jawatan secara sukarela selepas dikritik oleh masyarakat Muslim kerana menganjurkan acara berbuka puasa untuk kumpulan LGBT yang sebahagian dari kempen hak asasinya.

Apabila ditanya sama ada DAP telah mengarahkan Numan untuk berhenti daripada fungsi kontroversi, ketua DAPSY, Wong Kah Woh memberitahu Malay Mail Online: “Dia meletak jawatan atas inisiatifnya sendiri”.

Setiausaha publisiti naib presiden DAPSY, Rajiv Rishyakaran juga menegaskan bahawa Numan “meletakkan jawatan diri atas kehendaknya sendiri”.

Numan turut melepaskan tugasnya di Sekolah Demokrasi, sebuah organisasi di bawah DAP yang mendidik belia mengenai demokrasi dan politik, di mana beliau bekerja untuk membantu menyusun program dan mengekalkan laman webnya.

“Ya Numan telah meletak jawatan dari Sekolah Demokrasi,” kata penyelaras Sekolah Demokrasi Edry Faizal Yusof kepada Malay Mail Online. “Kami tidak pernah memintanya meletak jawatan atas kontroversi.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here