Pemain muda Kedah, Akhyar Rashid bersedia untuk melebarkan kerjaya sebagai pemain bolasepak di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan lagi pengalaman dan keyakinannya.

Selepas cemerlang di peringkat domestik selain berjaya mencuri perhatian dengan mempamerkan kemahiran bermutu membantu Malaysia Bawah 23 Tahun mara ke Suku Akhir AFC B23 2018 di China, pemain berusia 18 tahun itu kini memasang impian untuk mencipta nama di luar negara pula.

Menurutnya, sokongan tinggi yang diberikan oleh peminat yang mahu melihat beliau beraksi di luar meningkatkan lagi keazamannya.

“Saya mengikuti rapat apa yang berlaku sejak beberapa hari ini termasuk tular yang mengaitkan diri ini dengan kelab luar negara.

Jika benar, saya memang bersedia dan memang merupakan antara cita-cita saya dan sangat memerlukan sokongan penyokong bolasepak,” katanya kepada Sukan Sinar selepas mengikat kontrak selama setahun bersama syarikat yang menguruskan penjenamaan pemain, Marquee Sports Management (MSM) Sdn Bhd semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi MSM, Wan Mohd Anwari Wan Amran berkata, pihaknya bertanggungjawab kepada karier dan penjenamaan Akhyar sepanjang musim ini.

Menurutnya, MSM berdaftar sah dan beliau yang mempunyai lesen perantara bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berjumpa dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam masa terdekat berkenaan masa depan dan hala tuju pemain muda itu.

“MSM juga mahu melihat masa depan bolasepak Malaysia kembali disegani suatu hari nanti.

Kami berharap penglibatan kami dalam industri ini juga secara tidak langsung dapat membantu bakat berkualiti untuk berada pada satu tempat atau pasukan yang boleh mengembangkan lagi kerjaya mereka sebagai seorang pemain bolasepak moden,” katanya.

— Sinar Harian

SHARE
Previous articleTok Mat For Malaysia
Next articleMourinho : Cristiano Ronaldo Adalah Pemain Yang Ideal
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here