Anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) bebas menyertai mana-mana parti politik yang dirasakan sesuai dengan mereka, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata demikian berikutan penyertaan bekas ketua Wira PERKASA, Fahmi Ideris dalam PKR bersama-sama 35 anggota sayap NGO itu hari ini.

“Untuk makluman, sebelum ini pun sudah ada sana sini, sikit sebanyak ahli PERKASA yang menyertai berbagai parti politik termasuk yang menyertai BERSATU, AMANAH dan PAS.

“Ada juga ahli PERKASA yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik menyertai Umno. Ia perkara biasa kerana PERKASA adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Sesiapa sahaja ahli PERKASA bebas menyertai mana-mana parti politik. Terpulang kepada mereka untuk memilih apa jua parti yang sesuai,” kata Ibrahim dalam kenyataannya.

Terdahulu, Irwan hari ini mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Beliau juga berikrar akan bersama pembangkang dalam usaha menumbangkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.

Irwan menyerahkan borang penyertaan kepada Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Afif Bahardin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Mereka termasuk bekas Naib Ketua Wira PERKASA, Syamzari Putera Mohd Noh; bekas anggota exco Wira PERKASA, Muhammad Hafiz Zulkifly dan Zulkarnain Haron serta penolong setiausaha Wira PERKASA, Muhammad Zaihuruddin Zulkamar.

Sementara itu, Ibrahim berkata jawatan Ketua Wira Perkasa pada masa ini disandang oleh Burhanudin Ruslan manakala naib ketuanya pula adalah Wan Danial Wan Mohamad.

“Saya amat gembira dengan komitmen barisan kepimpinam Wira PERKASA sekarang terutama jati diri, semangat dan komitmen bagi kelangsungan perjuangan demi Islam, pribumi dan tanah air,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here