Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V menyempurnakan majlis korban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji di sini hari ini.

Baginda yang mengenakan baju T dan berseluar sukan hitam tiba di majlis berkenaan kira- kira jam 11.15 pagi dan menyembelih tiga ekor lembu.

Hadir mengiringi baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) MAIK, Dr Nik Azlan Abd. Hadi berkata, sebanyak 62 ekor lembu sumbangan Maik yang dikorbankan pada majlis ini bersempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.

“Setiap seorang akan menerima sebanyak dua kilogram daging yang akan diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin di sini dan Masjid Muhammadi mulai petang ini.

“Dianggarkan seramai 1,500 fakir miskin yang akan menerima daging korban yang diagihkan menerusi sistem kupon di dua lokasi tersebut bagi mengelakkan kesesakan,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here