Perbincangan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai agihan kerusi di Selangor terus buntu meskipun rundingan mereka sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari ini.

Masalah berpunca akibat perselisihan faham antara PKR dengan ketiga-tiga sekutunya berhubung masa dan di mana rundingan agihan kerusi patut dibincangkan,

Isu ini telah dilaporkan oleh media sejak seminggu lalu dan sehingga hari ini tidak nampak sebarang tanda-tanda penyelesaian.

Malaysiakini mengupas isu ini untuk memaparkan pa yang btersurat dan tersirat.

Apa yang PKR mahu

PKR berkeras bahawa perbincangan diadakan oleh jawatankuasa pilihan raya HARAPAN Selangor yang dipengerusikan oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar.

agihan kerusi
Timbalan Ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin (foto, atas) berkata ini adalah perwakilan tugas – Malaysiakini

“Jadi bincang di peringkat ini dan kemudian bawa ke majlis kepimpinan HARAPAN negeri (untuk kelulusan),” kata Zuraida kepada Malaysiakini.

Beliau menambah bahawa negeri-negeri lain juga menggunakan formula yang serupa.

Apa pula AMANAH, BERSATU dan DAP mahu

AMANAH, BERSATU dan DAP walau bagaimanapun, mahu perbincangan diadakan pada peringkat jawatankuasa agihan kerusi berasingan.

“Jawatankuasa pilihan raya tidak pernah berniat mengadakan rundingan agihan kerusi dan kita mahu mesyuarat HARAPAN Selangor menubuhkan satu jawatankuasa untuk menmbincangkan agihan kerusi,” kata Ketua DAP Selangor, Tony Pua.

agihan kerusi
Ketua DAP Selangor, Tony Pua

Ketiga-tiga parti juga tidak bersetuju dengan Zuraida, dan berkata bahawa HARAPAN di peringkat nasional dan di negeri-negeri lain juga mempunyai dua jawatankuasa berasingan.

Adakah rundingan kerusi sudah bermula

Menurut Zuraida, ketua BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan ADUN Balakong dari DAP, Eddie Ng, rundingan kerusi telah dibangkitkan di peringkat jawatankuasa pilihan raya.

Walau bagaimanapun, bagi Zuraida, ini sama dengan perbincangan formal, namun AMANAH, BERSATU dan DAP percaya ia adalah sebaliknya.

agihan kerusi
Ketua BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari

Ketiga-tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihan raya HARAPAN Selangor tidak mempunyai mandat membincangkan agihan kerusi.

Bagi Zuraida, jawatankuasa pilihan raya boleh membincangkan agihan kerusi, tetapi “mandat terletak pada pengerusi masing-masing” untuk meluluskan bagaimana kerusi dibahagikan.

Adalah difahamkan bahawa pemimpin DAP di peringkat jawatankuasa pilihan raya juga tidak diberi mandat oleh kepimpinan parti untuk membincangkan peruntukan kerusi.

Apa seterusnya

Abdul Rashid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan berjumpa dengan Pengerusi HARAPAN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di pejabat menteri besar di Shah Alam pada Isnin ini.

“Tujuan mesyuarat itu tidak dijelaskan,” katanya.

Adalah dipercayai bahawa Azmin mungkin berusaha untuk menyelesaikan masalah pertindihan kerusi antara BERSATU dan PKR pada mesyuarat itu. BERSATU dilaporkan mahu bertanding di kerusi di mana PKR tewas sebelum ini.

agihan kerusi
Ketua AMANAH Selangor, Izham Hashim

Sementara itu, sekiranya HARAPAN Selangor gagal memuktamadkan agihan kerusi pada 31 Januari, AMANAH dan BERSATU merancang untuk membawa perkara itu kepada majlis presiden HARAPAN.

“AMANAH akan menulis surat pada 1 Januari ini untuk kepimpinan pusat membangkitkan perkara ini di mesyuarat majlis presiden,” kata ketua AMANAH Selangor, Izham Hashim. – Malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here