AUCKLAND – Bandaraya Durban, Afrika Selatan secara rasmi diumumkan sebagai penganjur Sukan Komanwel 2022. menjadikannya bandar di benua Afrika pertama menganjurkan temasya berprestij itu.

Bandaraya ketiga terbesar di Afrika Selatan itu muncul satu-satunya calon untuk menganjurkan temasya sukan terbabit selepas Edmonton, Kanada yang menarik diri pada Februari lalu.

Penarikan Edmonton disebabkan kebimbangan mengenai kos penganjuran. Durban yang menggunakan slogan ‘Bersedia Untuk Memberi Inspirasi’ berkata 90 peratus kemudahan untuk menganjurkan Sukan Komanwel sudah tersedia.

Malah penganjur juga menggambarkan acara itu sebagai ‘ejen perubahan’ yang dijangka akan meningkatkan aktiviti pelancongan dan peluang kerja di bandar raya yang memiliki populasi tiga juta penduduk itu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here