sertai

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang Abdul Aziz Ismail nafi bahawa beliau akan keluar Umno dan menyertai parti serpihannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebaliknya, kata wakil rakyat Umno itu, beliau sebenarnya berbangga berada dalam Umno.

“Sudah tentu tak (keluar parti). Kesetiaan saya kepada Umno, BN tak perlu dipersoalkan.

“Dakwaan tersebut adalah karut. Saya bangga jadi ADUN BN. Titik,”

Semalam, Ketua bahagian BERSATU Batu Pahat Dr Mohd Zaid Mohd Yusof mendakwa, terdapat ADUN Umno akan melompat parti kerana tidak berpuas hati tidak dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihan raya.

Zaid mendakwa sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat itu awal bulan ini yang berlangsung di Bukit Perdana, Batu Pahat.

Malaysiakini juga meminta pengesahan Aziz sama ada beliau ada bertemu dan berunding dengan Zaid tetapi beliau tidak menjawab soalan tersebut.

Oktober tahun lalu, ADUN Jorak Datuk Shahruddin Md Salleh meninggalkan BN sebelum dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU.

Pembangkang kini mempunyai 19 daripada 56 kerusi dalam dewan undangan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here