KUALA LUMPUR – Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Fighting Championship musim ke-3 (MIMMA3) telah menyaksikan seramai 18 pengamal seni beladiri campuran (MMA) bertarung bagi merebut tempat ke ‘Grand Finals’.

Acara tahunan itu menyaksikan peserta-peserta amatur MMA tempatan bertarung sejak Februari lalu untuk menempah tiket ke kejuaraan musim ini.

Pemenang-pemenang bagi peringkat ‘Contender Fight’ hari ini bakal bertarung dengan juara musim lalu dalam peringkat Grand Finals nanti.

Di media sosial khususnya Twitter, hashtag #MIMMA3 turut menjadi trending petang tadi.

Rata-rata peminat sukan lasak tanah air teruja dengan kejohanan tersebut yang berlangsung di Paradigm Mall sejak tengah hari hingga 8 malam.

Antara pertarungan yang mendapat perhatian peminat ialah pertarungan ‘adik-beradik’ di antara Naimul Amal Othman dan Dhiaul Amal Othman.

Ia menyaksikan kemenangan kepada si adik, iaitu Dhiaul menerusi kuncian armbar.

11947554_889968157704883_4547592369399084238_n
Dhiaul menewaskan abangnya Naimul dengan teknik kuncian armbar. Foto Facebook MIMMA

 

Sementara itu, pertarungan kategori wanita antara Samantha Tan dan Joanna Yap, dan pertarungan kategori heavyweight antara Niker Tan dan Tham Yaw Kent turut mendapat sambutan hangat.

Kedua-dua pertarungan itu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Joanna dan Niker Tan.

Kejohanan MIMMA Grand Finals musim ke-3 bakal diadakan 10 September ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

MIMMA merupakan cetusan idea Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pengarah Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, dan merupakan kejohanan MMA amatur terbesar di Asia ketika ini.

Mereka sebelum ini juga pernah bekerjasama menubuhkan rancangan realiti bolasepak popular tempatan, ‘My Team’.

Sumber: Astro Awani

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here