negara bankrap

GABENOR Bank Negara, Datuk Seri Muhammad Ibrahim menyatakan ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2017 sekali gus meletakkan negara dalam momentum yang baik untuk mencatatkan pertumbuhan melebihi unjuran sebelum ini sekitar 4.3 peratus sehingga 4.8 peratus.

Juga diyakini, data-data ekonomi terus menunjukkan perkembangan yang lebih positif terutama bagi suku ketiga dan keempat akan datang.

Keadaan ini secara tidak langsung mencerminkan isu-isu dalaman termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

Ini kerana keadaan itu bergantung kepada dua faktor utama iaitu pertumbuhan eksport yang mencatat prestasi lebih baik dan penggunaan domestik pula terus meningkat.

Data penggunaan domestik juga lebih baik dan dijangka terus mening­kat pada separuh kedua 2017 yang turut dipacu oleh sentimen permintaan global dengan aliran masuk bersih direkodkan RM7.3 bilion pada suku kedua tahun ini.

Dengan pencapaian suku ke­dua ini, adakah ekonomi negara tidak berada pada prestasi yang baik?

Bank Negara juga menyatakan ekonomi Malaysia berkembang lebih baik pada suku kedua berbanding suku pertama 5.6 peratus menjadikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh pertama berkembang pada 5.7 peratus.

Pada tahun 2016, Malaysia mencatat KDNK suku kedua pada empat peratus.

Apakah yang mendorong prestasi lebih baik pada suku kedua tahun 2017?

Prestasi lebih baik pada suku kedua ini didorong oleh perbelanjaan sektor swasta yang menjadi pemacu utama manakala pertumbuhan dalam sektor luaran terus disokong oleh pertumbuhan eksport barangan dan perkhid­matan yang kukuh iaitu 9.6 peratus berikutan permintaan lebih mantap bagi produk perkilangan dan komoditi.

Bagi tempoh itu juga, inflasi keseluruhan menurun kepada 4 peratus berbanding 4.3 peratus pada suku pertama.

Perkara ini dise­babkan oleh inflasi pengangkutan yang lebih rendah iaitu sebanyak 13.4 peratus dan kadar tersebut dijangka menurun pada separuh kedua tahun 2017 berikutan trend harga minyak global yang rendah.

Eksport kasar pula terus mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 20.6 peratus dipacu oleh pertumbuhan produk elektronik dan elektrikal sebanyak 22.6 peratus manakala import kasar juga kekal kukuh dengan merekodkan pertumbuhan 19.1 peratus.

Suku kedua 2017 juga menyaksikan pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM18.8 bilion berbanding aliran keluar bersih sebanyak RM22.9 bilion pada suku pertama 2017.

Situasi tersebut dise­babkan oleh pembelian baharu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan penyertaan dalam pasaran ekuiti yang lebih tinggi.

Apakah faktor peningkatan sentimen pelabur pada suku berkenaan?

Sentimen pelabur yang meningkat pada suku berkenaan disokong oleh inisiatif membangunkan pasaran kewangan domestik, pres­tasi ringgit lebih kukuh, jangkaan prospek pendapatan korporat dan prospek pertumbuhan dalam negeri yang lebih baik.

Apakah pengumuman oleh Bank Negara ini adalah rekod yang tidak benar?

Pengumuman tersebut pastinya meresahkan pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Ini kerana selama ini pemimpin Pakatan Harapan kerap kali melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan.

Ini termasuklah negara akan bankrap dan ekonomi berada dalam ambang keruntuhan serta pelabur mula meninggalkan Malaysia.

Tetapi melalui pengumuman Bank Negara tersebut, ia membuktikan apa yang mereka katakan hanyalah satu pembohongan dan propaganda semata-mata.

Perbuatan itu hanyalah bertujuan memburuk-burukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Begitulah juga dengan pelbagai projek dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Adakah Pakatan Harapan akan terus mendakwa Malaysia negara bankrap?

Jika mereka terus berbuat demikian, ternyata Pakatan Harapan semakin ketandusan isu untuk menyerang kerajaan pimpinan BN.

Ia membuktikan BN harus kekal menjadi pilihan utama rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Data dan statistik yang diumumkan Bank Negara itu bukannya suatu rekaan.

Ia adalah hasil usaha kerajaan pimpinan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Usaha itu sukar untuk dicapai jika hanya kerajaan sahaja yang komited ke arah itu, penyertaan rakyat juga penting.

Jangan jadi seperti sesetengah kumpulan yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan negara seperti dilakukan puak-puak pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here