KESEMUA sembilan pelajar AF2015 menarik lafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan pada minggu keempat ini. Rachel yang berada di tempat yang terakhir selepas undi ditutup pada malam konsert itu terselamat daripada penyingkiran.

Para pelajar melakukan persembahan pembukaan bertemakan Merdeka dengan menyanyikan dua lagu patriotik sebagai tanda meraikan Hari Kebangsaan negara kita hari ini 31 Ogos 2015. Persembahan memukau daripada para pelajar diteruskan dengan persembahan solo masing-masing.

Nampaknya mereka sudah mempraktikkan apa yang telah diajar semasa di dalam akademi. Sufi yang menduduki tempat pertama sebelum konsert bermula melakukan persembahan yang sangat menusuk kalbu dengan lagu Mana Mungkin pada malam itu dan penonton merasakan Sufi layak bergelar juara AF2015 kali ini.

Mendapat pujian daripada Adlin Aman Ramli, Syamel menyanyikan lagu popular Drama Band yang bertajuk Biarkanlah dengan bantuan ibu. Fauziah Nawi yang berlakon di atas pentas.

Para barisan pelajar yang masih meneruskan perjuangan mereka di AF2015 adalah Sufi, Syamel, Bila, Rachel, Iqwan, Sharul, Aziah, Lisa dan Faruq. Teruskan mengundi mereka jika anda mahu pelajar kegemaran anda menjadi juara AF2015.

Sumber: ERA fm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here