“Ayah bagi adik main handphone. Waktu adik ralit, ayah cabul dan rogol kakak”, dengan sayu seorang pelajar sekolah rendah di Selangor mengadu kepada Syed Azmi Alhabshi.

Perlakuan ayah ini seperti binatang, aneh dan amat luar biasa, tetapi ia telah berlaku sejak 5 tahun lalu. Yang paling sedih, sesama adik-beradik berkongsi soalan, “Kau ‘kena’ tak semalam?”, sebab masing-masing dah biasa ‘kena’.

Walaupun si Kakak sudah mengadu kepada ibunya, namun ibunya tak endah. Cakap kepada cikgu, cikgu pula takut nak masuk campur. Akhirnya, bapa boleh bebas ‘main’ kesemua 4 orang adik beradik secara ‘terbuka’.

Waktu masuk sekolah menengah baru-baru ni, mangsa ini cuba beritahu gurunya. Sekitar sejam kemudian, Syed Azmi sampai di sekolah untuk berjumpa anak ini setelah dipanggil gurunya.

Anda sebut saja segala jenis adegan seks, semua dia sudah rasa. Syed Azmi beri 2 ‘pregnancy test’ dan hasilnya negatif. Setelah memperkenalkan diri dan niat bertemu untuk membantu, beliau pun teruskan dengan wawancara.

Guru yang terlibat ingin tahu apa perlu buat? Syed Azmi senaraikan;

1. Dial 15999, balai polis setempat.
2. Buat laporan polis
3. Buat pemeriksaan kesihatan.

Tetapi, mangsa tidak takut akan semua tu. Yang bermain di fikirannya, apa yang akan terjadi nanti kepada ibu dan adik beradiknya. Dia tetap sayang ayahnya. Dia cuma nak ayah berhenti buat jahat padanya.

“Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat” kata Syed Azmi.

Bila ditanya lagi keputusan nak buat poran polis tak? Jawabnya masih “Tak tahu”.

Akhirnya, mangsa bersetuju akan membuat laporan polis, jika kakaknya di KL bersetuju untuk membuat laporan polis. Ini kerana, kakak mangsa turut menjadi mangsa kekejian bapa mereka.

Sewaktu bercakap dalam telefon, kakaknya akui turut berfikiran sama mengenai nasib keluarga, pemikiran jiran dan tanggungan pembelajaran bapa dibuang kerja.

Sementara menunggu jawapan itu, Syed Azmi hubungi JKMWP, pasukan beruniform dan minta guru untuk bersiap sedia menghadapinya.

“Buatlah report, tapi biar hujung minggu waktu ayah tak kerja” akhirnya si kakak memberi jawapan.

Syed Azmi berazam untuk melakukan yang terbaik demi menghormati keperluan dan masa depan anak ini. Beliau persiapkan agar semua pihak yang berkaitan siap siaga untuk bertindak mengikut tatacara.

‘Family dynamics’ menurut Syed Azmi telah membuatkan anak ini fikir tak nak buat laporan polis. Ia terkait dengan peranan dan perhubungan sesama ahli keluarga yang membuatkan fungsi setiap ahli keluarga ini gagal.

Isu yang dimainkan ialah; bapa seorang sahaja yang kerja, ibu merupakan suri rumah, tiada saudara mara terdekat untuk menolong dan keluarga akan susah jika bapa dimasukkan ke penjara.

Dalam kes yang masih berjalan ini, bantuan yang diperlukan oleh Syed Azmi dalam membantu mangsa-mangsa ini ialah tempat berteduh dan rumah perlindungan.
Syed Azmi Alhabshi
https://www.facebook.com/syed.azmi.148/posts/10155463481346478

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here