Jakarta: Sebanyak 36 kapal nelayan asing dan 2 tempatan dimusnahkan serentak menggunakan kaedah letupan oleh pihak Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) semalam sempena ulang tahun kemerdekaan ke-70 negara itu yang disambut kelmarin.

Operasi menenggelamkan kapal nelayan yang didapati menangkap ikan secara haram itu dilakukan di perairan Pontianak, Bitung, Belawan, Ranai, Tarempa dan Tarakan.

Beberapa agensi penguatkuasa kerajaan termasuk tentera laut Indonesia, polis marin dan Pejabat Peguam Negara turut terbabit dalam operasi berkenaan.

Ketua Pengarah Agensi Pengawasan Sumber Laut dan Perikanan Indonesia Asep Burhanudin berkata, daripada 34 kapal yang ditenggelamkan itu, 21 kapal ditangkap KKP, 12 ditahan tentera laut dan lima kapal lagi ditahan polis marin.

“KKP menenggelamkan 15 kapal di perairan Pontianak, lapan kapal di Bitung dan tiga kapal di Belawan,” katanya.

Menurutnya, tentera laut Indonesia menenggelamkan kapal yang ditahan pasukan itu di perairan berbeza.

Tentera laut menenggelamkan lima kapal di perairan Ranai, tiga di Terempa dan empat di Tarakan.

Semua kapal nelayan itu berasal dari Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia dan juga dari Indonesia.

Asep memberitahu, semua kapal itu ditenggelamkan dengan menggunakan kaedah letupan rendah.

“Cara itu tidak memusnahkan rangka kapal supaya ia akan menjadi tempat pembiakan ikan,” katanya. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here