Seramai 260,000 pembayar cukai dijangka mendapat manfaat daripada kadar penurunan cukai susulan pengurangan dua mata peratusan bagi kadar cukai pendapatan individu pemastautin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Manap Dim berkata, individu bujang yang berpendapatan di bawah RM3,100 pula tidak perlu membayar cukai.

“Bagi tahun taksiran sebelum ini, seramai tiga juta orang yang mengembalikan borang bagi kategori pembayar cukai individu yang makan gaji, namun yang dikenakan cukai 1.8 juta sahaja.

“Bagi jumlah tersebut, nilai cukai akan susut lebih kurang RM1.3 bilion,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Creating Awareness, Sharing Nation’s Prosperity di Hentian Rawat dan Rehat (R & R) Seremban di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here