Sehari selepas Pejabat Peguam Negara Switzerland menyatakan hasrat bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini pihak berkuasa Singapura pula menyuarakan perkara sama.

Pihak berkuasa Singapura telah menyatakan keinginan yang tinggi untuk bekerjasama dengan Malaysia berkaitan dengan transaksi 1MDB.

Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial Pasukan Polis Singapura telah mengeluarkan kenyataan bersama mengesahkan niat ini.

Dalam satu kenyataan, mereka menyatakan telah bekerjasama secara meluas dengan rakan sejawat mereka di Malaysia berhubung permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai transaksi berkaitan 1MDB.

Mereka juga bersedia sepenuhnya untuk memanjangkan bantuan.

Kenyataan itu juga menyatakan Singapura telah mengambil tindakan pantas terhadap institusi kewangan dan individu yang melanggar undang-undang di dalam bidang kuasa mereka, berkaitan dengan aliran dana yang berkaitan 1MDB

Berikut adalah kenyataan penuh dalam bentuk asalnya:


Commercial Affairs Department and the Monetary Authority of Singapore:

  • The Singapore authorities have cooperated extensively with their Malaysian counterparts on their past requests for information in relation to 1MDB-related transactions, and are fully prepared to extend further assistance
  • Singapore has also taken swift action against financial institutions and individuals who have broken laws within our jurisdiction in connection with 1MDB-related fund flows

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here