KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Haji Alias sebagai ahli lembaga penasihat sebagaimana dilaporkan media.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, syarikat itu memaklumkan bahawa ia menghormati dan menerima keputusan Dr Abdul Samad untuk berundur.

“1MDB sedia maklum tentang laporan media berhubung peletakan jawatan Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias daripada Lembaga Penasihat 1MDB.

“Walaupun pihak kami kesal dengan pengundurannya, kami menghormati keputusannya dan mendoakan yang terbaik buat Tan Sri Samad dalam apa juga usaha beliau selanjutnya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sebab beliau meletak jawatan.

Abdul Samad menyertai Lembaga Penasihat 1MDB pada Januari tahun ini.

Terdahulu, beliau merupakan pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sejak 15 August 2011.

Abdul Samad juga merupakan felo Institute Of Chartered Accountants di Australia dan ahli Malaysian Institute Of Certified Public Accountants serta Malaysian Institute Of Accountants.

Beliau pernah memegang jawatan, antara lain, sebagai pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, pengerusi bukan eksekutif Messrs Ernst & Young, presiden Malaysian Institute Of Certified Public Accountants dan presiden Malaysian Institute Of Accountants.
Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here