PETALING JAYA, 1 Sept – Paras semasa ringgit tidak mencerminkan asas ekonomi negara yang masih kukuh, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Abdul Wahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Ekonomi (SEC) yang baru ditubuhkan berkata, jawatankuasa itu akan berusaha ke arah mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi negara.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri mesyuarat Pusat Perkhidmatan Bakat Ekspatriat Malaysia (MYXpats Centre) yang baru dilancarkan di sini, Selasa.

Dibuka pada Jun, MyXpats Centre adalah pusat untuk majikan memohon pas pekerjaan dan pas lain berkaitan imigresen untuk pekerja ekspatriat mereka.

Ringgit ditutup lebih tinggi hari ini pada 4.1620/1680 berbanding 4.1950/1050 dolar US pada Jumaat.

Ia mencecah 4.2700 berbanding dolar US minggu lepas, paras terendah sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here