KUALA LUMPUR – Nurulhidayah Ahmad Zahid telah membalas komen-komen segelintir netizen Malaysia yang telah mengkritik pandangan dan pendirian beliau yang menyelar perhimpunan haram Bersih 4 sebagai ‘kerja bodoh’. Nurulhidayah ialah anak kepada Timbalan Perdana Mnenteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Nurulhidayah melalui akaun Instagramnya berkata, “Saya bukan ahli Parlimen di kawasan anda ataupun wakil rakyat anda. Saya warganegara Malaysia yang juga ada hak bersuara.”

“Saya tidak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran,” kongsi beliau menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Nurulhidayah, beliau juga pernah menyuarakan pandangannya mengenai insiden Low Yat yang berlaku beberapa bulan lalu.

Pada ketika itu, beliau berkata, pergaduhan sebegitu dilarang oleh mana-mana agama.

“Saya disalahertikan ketika menyatakan Bersih adalah satu perbuatan sia-sia dan bodoh. Saya diserang secara peribadi.

“Saya tidak akan berdiam dan akan terus berkata-kata. Siapa saya di mata anda? Saya bukan sesiapa.

“Saya di sisi Dia. Saya hamba Allah yang akan terus bersuara,” katanya lagi.

Nurulhidayah turut menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab atas kata-katanya itu kerana tidak rela melihat rakyat ‘diheret’ ke jalanan.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here