Sebanyak 14 buah pondok Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, musnah dalam kebakaran malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam, semua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

“Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Nazili berkata 3 buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here