SERAMAI 12 daripada 24 peserta diumumkan sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia Megastar 2017, malam ini selepas berentap selama dua minggu dalam Konsert Homecoming AF Megastar yang berlangsung di Teater Diraja Shah Alam.

Mereka yang layak ialah Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufie, Ewal dan Azhar.

Sementara itu, 12 lagi yang gagal dan tersingkir ialah Rosma, Anding, Adam, Amylea, Nubhan, Aril, Ara termasuk lima bekas juara AF iaitu Zahid, Faizal, Milla Jirin, Faizul dan Firman.

Mereka yang layak akan berentap di Konsert AF Megastar yang akan bermula 17 September depan dan bakal berlangsung selama enam minggu di lokasi yang sama.

Semua peserta diadili menerusi kuasa juri profesional sepenuhnya yang terdiri daripada juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Ziana Zain.

Konsert Homecoming AF Megastar minggu pertama berlangsung pada 3 September lalu, manakala konsert minggu kedua berlangsung pada malam ini.

Baca lagi: 24 Peserta Akademi Fantasia Megastar 2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here