Pencak Silat Cekak Pusaka Hanafi mencipta sejarah dengan mencatat rekod dalam Guinness World Records bagi Kategori Pembelajaran Silat Terbesar dengan penyertaan 12,393 pesilat seluruh dunia di Stadium Merdeka, kelmarin.

Lebih membanggakan pembelajaran silat diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 serta Sambutan 50 Tahun Silat Cekak.

Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi, Dr Md Radzi Hanafi ketika ditemui berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan persatuan mencipta rekod dunia yang telah mengharumkan nama negara.

Beliau berkata, program yang telah dirangka sejak lima tahun lalu tersebut adalah acara kemuncak kempen Jom Silat yang telah dijayakan pada tahun 2009.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian hari ini kerana ia menunjukkan bahawa silat masih lagi relevan dalam kehidupan moden,” katanya.

Silat Cekak Pusaka Hanafi menepati kriteria ditetapkan Guinness World  Records apabila berjaya melakukan latihan silat secara serentak dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit diiringi muzik tradisional.

Kejayaan rekod baharu itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here