buli

Seramai 11 pelajar tingkatan lima Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, di reman selama tiga hari sehingga Sabtu ini, bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang lagi pelajar di kolej itu.

Mangsa, Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri, 17 yang juga pelajar kolej sama mendakwa dipukul sekumpulan pelajar sebaya kira-kira jam 9.30 malam di surau kolej berkenaan, dan sekali lagi sejam kemudian, mangsa sekali lagi dipukul di bilik asrama pada hari yang sama.

Kesemua suspek yang berusia 17 tahun tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam sembilan pagi semalam dengan berpakaian lokap sambil diiringi polis.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md Saad bagi siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kesemua suspek itu ditahan polis jam 5 petang semalam selepas penjaga masing-masing bertindak menyerahkan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini.

Ekoran itu, dia mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan di bahagian muka dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ibu mangsa membuat laporan polis jam 10.30 malam, Rabu lalu.

Pihak sekolah turut dimaklumkan mengenai kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here