Saturday, June 23, 2018
Home News Entertainment 1.5 Juta Pelawat dijangka Kunjungi KUD 2015

1.5 Juta Pelawat dijangka Kunjungi KUD 2015

0
242

SERAMAI 1.5 juta pengunjung akan hadir memeriahkan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini di Presint 3, Putrajaya.

Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun lalu, sebanyak satu juta pengunjung mengunjungi KUD dan jumlah itu dijangka bertambah tahun ini berdasarkan pengisian program yang lebih menarik.

Beliau berkata, pada tahun ini juga, kementerian menyasarkan aliran tunai sebanyak RM10 juta akan dicatatkan berdasarkan pe­nganjuran KUD 2015, iaitu RM4 juta semasa karnival berlangsung dan selebihnya jaringan perniagaan selepas karnival.

Pada tahun ini pelbagai peng­isian baharu dibawa untuk menjayakan KUD 2015, antaranya ialah kementerian memperkenalkan industri pelancongan desa, ini adalah produk baharu, sebelum ini orang hanya tahu mengenai inap desa sahaja.

“Kesemua usahawan terlibat akan menawarkan pelbagai produk. Sejak dianjurkan pada 2006, acara ini terbukti berjaya memainkan pe­ranan untuk meluaskan akses pasaran dan promosi produk usahawan desa,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh acara perasmian KUD 2015 hari ini.

Yang hadir sama, Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Datuk Alexander Nanta Linggi serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Ibrahim Muhamad.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak 700 usahawan desa dari seluruh negara bakal menyertai KUD 2015 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 3 petang esok.

Selain itu katanya, kementerian yakin KUD 2015 akan menjadi platform dan peluang pasaran baharu dalam meningkatkan daya saing kebolehan pasaran produk atau perkhidmatan usahawan luar bandar.

“Saya juga percaya KUD 2015 ini merupakan platform terbaik dalam penyediaan peluang dan ruang pasaran serta jaringan perniagaan yang lebih luas kepada usahawan luar bandar bagi mempromosi produk secara terbuka dan jualan terus kepada pengguna.

“Kesempatan ini saya juga ingin menjemput orang ramai untuk ha­dir ke KUD 2015, tidak rugi datang ke karnival ini kerana pelbagai acara menarik disediakan selain pameran dan gerai jualan daripada usahawan desa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, KUD 2015 melibatkan usahawan daripada tujuh sektor perniagaan utama iaitu pelancongan desa, kesihatan, herba dan produk organik, kosmetik, aksesori dan hiasan pakaian, kraf tangan, makanan dan minuman serta pertanian dan penternakan.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here