zionis

JERUSALEM – Rejim Zionis memusnahkan beberapa kubur di tanah perkuburan bersejarah di Bab Al-Rahmeh di timur Masjidil Aqsa, semalam, kata pegawai Palestin.

Israel sebelum ini merampas sebahagian daripada tanah perkuburan yang terletak di Jerusalem Timur itu pada September tahun lalu, untuk dijadikan taman negara Yahudi.

“Kakitangan daripada pihak berkuasa alam sekitar Israel disokong puluhan anggota keselamatan rejim, memasuki tanah perkuburan bersejarah Bab Al-Rahmeh dan memusnahkan lapan kubur,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pemuliharaan Tanah Perkuburan Islam Jerusalem, Mustafa Abu Zahra.

Katanya, tanah perkuburan itu berusia lebih 1,400 tahun dan diisytiharkan sebagai salah satu tapak bersejarah bagi umat Islam di Jerusalem Timur.

Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Al-Qiswani, mengecam pelanggaran kuasa dan hak kemanusiaan Israel ke atas tapak bersejarah umat Islam di Timur Jerusalem.

“Tel Aviv mendakwa tapak perkuburan itu terletak di atas tanah milik pihak berkuasa Israel. Tetapi, Israel tidak mempunyai sejarah di situ atau asas undang-undang untuk menuntut hak ke atas tanah berkenaan. Perkuburan itu adalah wakaf Islam dan ia akan kekal seperti itu,” katanya.

LEAVE A REPLY