zara zya
Cover image via mStar

PELAKON Zara Zya mendedahkan dirinya menanggung kerugian sebanyak RM30,000 ketika mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Ketika di awal pembabitan saya dalam bidang perniagaan, saya pernah mengusahakan produk kecantikan jenama sendiri.

“Saya meminjam duit ibu saya. Namun begitu, segala apa yang dirancang tidak membuahkan hasil. Saya kerugian sebanyak RM30,000.

“Saya akui saya rasa sedih tetapi saya kuatkan semangat. Saya jadikan perkara itu sebagai pemangkin untuk saya terus maju dalam perniagaan.

“Saya mengambil pengajaran dan cuba menceburi bisnes lain pula. Ibu saya turut memandang perkara ini menerusi sudut yang baik dan terus menyokong perniagaan saya.

“Saya terus positif dan menganggap RM30,000 sebagai ‘harga’ untuk sebuah pengalaman dan menjadi pembelajaran berguna dalam mengusahakan perniagaan,” kata Zara.

Mengusahakan tiga jenis bisnes iatu tudung jenama @zarazyabyzarazya, losyen pemutih dan bedak asas, perniagaan yang Zara jalankan kini mendapat maklumbalas positif.

“Alhamdulillah, selepas mengalami kerugian dan waktu sukar, saya meneruskan usaha. Saya menjalankan perniagaan yang dekat dengan hati saya.

“Semuanya berjalan lancar dan saya bersyukur kerana produk saya semakin mendapat tempat. Jika ada rezeki, saya merancang untuk meluaskan perniagaan dan membuka sebuah butik kafe,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) pada Rabu.

Telefilem lakonan Zara bersama Johan As’ari dan Saidi Sabri, Hujan Malam Itu tercalon dalam kategori Drama Terbaik.

Baca lagi: Zara Zya Nafi Kurang Berminat Promosi FFM28

LEAVE A REPLY