Zara Zya
Cover image via Roti Kaya

Pelakon Zara Zya yang tercalon dalam kategori Pelakon Baharu Wanita Terbaik menerusi filem Rembat dalam anugerah Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) menafikan kenyataan dia kurang berminat mengikuti promosi program itu kerana melihat peluangnya untuk menang agak tipis.

Zara berkata, dia tidak dapat mengikuti program berkenaan kerana terikat dengan penggambaran drama.

€œMemang kelakar kalau ada orang anggap begitu. Saya tidak terfikir langsung mengenai menang atau kalah, malah saya sendiri tidak sangka akan berada dalam senarai Top 5.

“Saya juga bersyukur dan setakat ini tidak ada mana-mana pihak mempertikaikan pencalonan saya,” katanya.

Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah Falisha Crosley menerusi filem Mat Moto-Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, Marianne Tan (Ola Bola), Nur Risteena (Girlfriend Kontrak) dan Raja Ilya (Suamiku Encik Perfect).

Zara yang dikenali menerusi drama bersiri popular Love You Mr Arrogant berkata, dia terikat dengan jadual lakonan yang ketat sehingga gagal memberikan komitmen terhadap program promosi FFM28 itu.

“Memang penganjur ada berikan jadual keseluruhan untuk promosi FFM28 tetapi seperti saya katakan tadi, jadual penggambaran saya sangat padat,€ katanya.

Menurutnya, dia memang terkilan kerana tidak dapat mengikuti sesi promosi dan bertemu peminat itu.

Artikel berkaitan: Zara Zya Terus Mengorak Langkah

1 COMMENT

LEAVE A REPLY