Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) — Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan syarikat itu.

“Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah FELDA dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.

“Kepada rakan sekerja FGV dan warga FELDA, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.

zkria

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here