yuna
Cover image via Astro Gempak

Penyanyi terkenal, Yuna memberikan penjelasan mengenai kesan gigitan yang kelihatan di lehernya.

Menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik di laman Facebook Rockaway semalam, gambar Yuna dengan kesan gigitan di leher mendapat perhatian netizen.

“Kesan gigitan di leher ini merupakan kesan gigitan labah-labah. Saya diserang dengan labah-labah sewaktu sedang tidur lima minggu lalu,” kata Yuna.

Sambil menunjukkan beberapa kesan yang masih jelas kelihatan di bahagian tangan dan lehernya, Yuna menjelaskan ada diantara gigitan labah-labah itu membengkak.

“Saya diserang dengan labah-labah ketika sedang mengadakan konsert jelajah di Alabama. Bangun sahaja daripada tidur, bahagian muka, leher dan tangan saya sudah digigit oleh labah-labah.

“Sewaktu sesi jelajah itu sedang berlangsung, ada antara gigitan yang berada di dahi membengkak. Kini, kesan tersebut semakin pulih perlahan-lahan,” katanya ketika ditemui sewaktu majlis ulangtahun Yonder Music yang pertama sebentar tadi.

Dalam pada itu, Yuna bakal muncul dengan muzik video terbaru lagu Pulang, gandingannya bersama SonaOne yang dilancarkan pada 24 November ini.

“Alhamdulillah, lagu ini sudah hampir dua bulan dilancarkan dan mendapat sambutan positif. Lagu Pulang menceritakan mengenai hubungan di antara individu yang terlupa dengan keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang kerana sibuk dengan tuntutan kerjaya.

“Saya mencipta lagu ini dan semenjak menulisnya, saya memang menbayangkan untuk berkolaborasi dengan SonaOne. Muzik videonya pula akan dilancarkan dalam masa terdekat dan mendapat sentuhan pengarah Adam Sinclair,” katanya lagi.

Baca lagi: Yuna Berang Video Parodi ‘Meletop’

LEAVE A REPLY