Thursday, December 8, 2016
YouTube Perkenal Streaming Video HDR

YouTube Perkenal Streaming Video HDR

56
0
youtube

Kita semua tahu perkara ini akan diperkenalkan, cuma tiada tarikh yang pasti. Namun, perkara yang ditunggu-tunggu itu akhirnya diumumkan. YouTube kini membolehkan penggunanya untuk melakukan ‘streaming’ video High Dynamic Range (HDR) di dalam aplikasi mereka. Hari ini Google mengumumkan bahawa mereka memperkenalkan sokongan untuk teknologi paparan terbaru, yang membolehkan penonton menggunakan TV dan monitor HDR untuk menikmati kandungan dengan peningkatan kejelasan, kepelbagaian warna dan kontras.

Walaupun video 4K telah diperkenalkan di dalam YouTube sejak tahun lepas, Google telah membuat pelbagai kajian sebelum menggabungkan HDR ke dalam Youtube bagi menjamin mutu ‘streaming’ video. Hanya kini para pengeluar TV memperkenalkan teknologi ini ke dalam pengeluaran TV mereka sebagai sesuatu ciri yang standard, manakala gajet yang popular seperti Chromecast dan PlayStation 4 baru-baru ini turut memperkenalkan ciri yang sama.

Julat Dinamik Tinggi (High Dynamic Range – HDR), dalam bahasa yang mudah, tidak mengubah bilangan piksel yang anda lihat, ia hanya mendapat lebih nilai daripada pixel yang ada. HDR menawarkan pelbagai rangkaian kontras dan kecerahan daripada standard HD atau UHD, membolehkan imej yang terhasil untuk menunjukkan lebih imej lebih terperinci dalam bahagian-bahagian yang lebih gelap skrin dan menyerlahkan pelbagai warna yang lebih luas. Anda akan dapat melihat sesuatu pada imej yang anda mungkin tidak perasan sebelum ini.

Google bekerjasama dengan beberapa pengguna terkenal di YouTube – termasuk MysteryGuitarMan, Yakub and Katie Schwarz dan Abandon Visuals – untuk menghasilkan kandungan video HDR premium yang sedia untuk dilancarkan, tetapi sesiapa sahaja kini boleh memuat naik video mereka sendiri yang telah dipertingkatkan kualiti visualnya.

Bermula hari ini, anda boleh menonton video YouTube dalam HDR pada peranti yang menyokong fungsi ini, seperti TV HDR dengan Chromecast Ultra, PC baru yang disambungkan ke monitor HDR dan tidak lama lagi pada semua Samsung model SUHD 2016 dan UHD TV.

LEAVE A REPLY