iran

BUENOS AIRES: Argentina meminta Malaysia dan Singapura mengekstradisi bekas menteri luar Iran Ali Akbar Velayati berhubung tuduhan terbabit dalam pengeboman sebuah pusat komuniti Yahudi di Argentina pada 1994 yang mengorbankan 85 orang.

Tuntutan Argentina dibuat melalui hakim penyiasat yang mengeluarkan permintaan itu selepas mendapati Velayati, yang dinamakan Interpol dalam senarai orang dikehendaki, kini mengadakan siri syarahan di kedua-dua negara itu.

ARGENTINA
Pengeboman pusat komuniti Yahudi pada 1994

Dalam tuntutan tersebut, Velayati dan empat lagi bekas pegawai Iran termasuk bekas presiden Akbar Hashemi Rafsanjani,didakwa mengarahkan serangan bom kereta pada 18 Julai, 1994 di Argentine Jewish Mutual Association di Buenos Aires.

Serangan tersebut didakwa dilancarkan oleh kumpulan Hizbullah di Lubnan, sekaligus menjadi serangan terburuk dalam sejarah negara Amerika Selatan itu.

Iran sebelum ini menafikan penglibatannya dan berulang kali menolak permintaan Argentina supaya tertuduh memberikan keterangan.

Pada tahun yang lalu, bekas ketua pendakwa kes ini, Alberto Nisman, telah ditemui mati dalam keadaan yang penuh misteri, empat hari selepas beliau menuduh Presiden Argentina pada ketika itu, Cristina Kirchner, terlibat dalam konspirasi dengan Iran dalam melindungi kesemua suspek pendakwaan.

Sehingga kini, kes terhadap Kirchner masih tidak dapat dibicarakan disebabkan kekurangan bukti.

LEAVE A REPLY