Mi Notebook Air

Xiaomi akhirnya mencuba sesuatu yang lebih besar daripada telefon pintar dan peranti pintar dengan memperkenalkan Mi Notebook Air. Xiaomi Mi Notebook Air mempunyai segala-galanya yang diimpikan dalam komputer riba 2016 – reka bentuk yang ringan, aluminium unibody, spesifikasi perkakasan yang besar … boleh dikatakan klon Macbook Air.

Xiaomi Mi Notebook Air tidak hanya berhenti setakat Cupertino sahaja tetapi ia juga mengambil inspirasi daripada Redmond. Jika dilihat Xiaomi Mi Notebook Air secara teknikal, reka bentuknya adalah seperti gabungan antara Microsoft Surface dan Apple Macbook Air. Pada harga murah (kira-kira RM 3,300), seolah tiada apa-apa untuk diperbaharui lagi pada model ini.

Industri PC yang semakin menurun kebelakangan ini memberi peluang kepada Xiaomi MI untuk menyinar. Dengan Mi Notebook Air, Xiaomi memasuki wilayah niche dikuasai oleh gergasi industri seperti Lenovo, Apple, HP dan Dell. Satu lagi elemen kejutan mengenai Xiaomi Mi Notebook Air adalah hakikat bahawa ia dibuat oleh syarikat rakan kongsi yang bernama Tian Mi.

Xiaomi, yang telah dikenali sebagai pembuat telefon pintar bajet, seolah-olah akan kehilangan saingan dalam pasaran telefon pintar China dan adalah amat sesuai bagi syarikat itu untuk beralih kepada industri PC. Dengan pasaran telefon pintar yang mempunya ipersaingan sengit beberapa pengeluar, industri PC memberikan Xiaomi skop yang cukup untuk diiktiraf dan berkembang ke benua Amerika Syarikat. Walaupun Xiaomi merancang untuk menjual Mi Notebook Air di China sahaja buat masa ini, peranti ini dilihat mampu untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Xiaomi Mi Notebook Air mempunyai dua kekuatan iaitu reka bentuk premium dan harga murah. Xiaomi Mi Notebook adalah salah satu reka bentuk komputer riba yang paling menarik pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Untuk Xiaomi, ia tidak akan menjadi satu tugas yang mudah untuk mendapatkan pengguna PC yang sedia ada atau pembeli baru supaya memilih produk mereka. Xiaomi Mi Notebook Air beroperasi menggunakan Windows 10 dan perkara yang penting bagi kebanyakan pengguna adalah kualiti trackpad / keyboard, dan pengurusan memori. Pengguna Windows 10, pada awal tahun lepas, telah mengkritik OS tersebut atas pengurusan sistem memori yang lemah. Pengguna Windows 10 telah menghadapi masalah “bluescreen” yang agak kerap kerana masalah sistem memori.

LEAVE A REPLY