gaza

KUALA LUMPUR: Dua anggota misi kemanusiaan Women’s Boat to Gaza (WBG) yang ditahan Israel semalam dibebaskan.

Menurut jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), mereka yang dibebaskan ialah wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.

gaza“Bagaimanapun, wakil tunggal Malaysia dalam misi itu, Dr Fauziah Mohd Hasan masih ditahan di pusat tahanan dekat Lapangan Terbang Ben Gurion (Tel Aviv),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, peguam hak asasi manusia sedang cuba berhubung dengan kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan dalam usaha membebaskan mereka.

Tentera Israel menahan kapal itu bersama 3 kru dan 10 aktivis wanita termasuk Dr Fauziah pada 2.58 petang semalam waktu tempatan (9.58 malam waktu Malaysia).

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.

LEAVE A REPLY