kemaskini

Microsoft baru sahaja telah memperkenalkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update pada minggu lepas yang membawakan sejumlah fungsi baru.

Kini, bercakap mengenai pembaharuan yang bakal datang, Microsoft dilaporkan akan memperkenalkan dua update terbesar pada tahun 2017 kelak.

image via Silicon Angle

Kemaskini pertama yang dikenali dengan nama Redstone 2 dijangka hadir pada awal 2017 kelak, da diikuti Redstone 3 sekitar enam bulan selepas itu.

Fungsi baru yang bakal ditawarkan masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Seperti biasa, Microsoft akan menawarkan update kepada pengguna Windows Insider terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna umum.

image via Ecumanical News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here