web

Google hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web Chrome mereka, sekaligus membawakan salah satu fungsi yang telah diuji sejak beberapa minggu lepas, iaitu integrasi Google Cast secara terbina pada Chrome.

Integrasi ini bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, pengguna pelayar Google Chrome boleh mengakses fungsi ini dengan memasang sebuah pemalam khusus. Namun, melalui perubahan yang diumumkan hari ini, pengguna tidak lagi memerlukan sebarang pemalam atau perisian tambahan – dan fungsi Googel Cast hadir terbina pada pelayar web Chrome.

Dengan adanya fungsi Google Cast pada Chrome, kini pengguna dengan mudah boleh berkongsi sesuatu skrin terus ke ruang tamu dengan pantas, dan berkongsi sesuatu kandungan dengan yang lain.

Bagi anda yang menggunakan pelayar Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda dan menikmati fungsi baru ini.

LEAVE A REPLY